Friday, December 30, 2011

kasih sayang :)

sebelum ke tajuknya...Al-Fatihah buat arwah, mak angkat dan takziah buat keluarga nya. sabar. mati itu pasti, hidup itu insyaALLAH. terkejut aku bila aku bangun pagi ayah terus bagi tau. baru minggu lepas aku melawatnya. alhamdulillah arwah telah selamat dikebumikan. setiap yang bernyawa pasti mati. hanya ALLAH yang kekal hidup. moga arwah ditempatkan di kalangan orang - orang yang beriman.
masyaALLAH. dapatkah aku menjadi hambaNya yang beriman selalu kepadanya? dapatkah aku menjadi hambaNya yang taat. kuatkanlah iman di dadaku. insyaALLAH.
tapi masa opah aku meninggal, raya haji, memang nak gila aku menagis. yelah, aku tak sempat langsung tengoknya. masa raya pun tak sempat jumpanya. tup tup tahu arwah dah kembali ke rahmatullah. dah la tahu pagi2 buta. masa raya kedua raya haji. hebatnya, besoknya aku final exam. boleh bayang tak macam mana aku jawab exam. satu family ke berangkat ke johor. cuma aku dengan abang aku je. aku final exam. abang aku kena belayar. menagis nya kami pagi itu. dan sekarang aku tengah tahan nagis. niat terakhirnya opah aku, nak meninggal dekat rumah aku. bia ayah aku disebelahnya. yeaahh..tabahnya aku, tahannya hati ni. depan keluarga, aku tak menagis seteruk yang lain, tapi sepanjang hari itu aku menjadi seorang yang senyap. abang aku cakap dengan aku pun, aku nak tanak jawab. bila sampai je rumah sewa, ya ALLAH. sakitnya dada ini menahan tangis. tiba-tiba Fana peluk aku, minta aku kuat. macam mana aku nak kuat? macam mana? ajar aku kuat? tolong...lepas tu Mamat Sheron Mahmud panggil aku sebab nak bagi makanan, dan aku menagis didepannya bagai orang gila. aku menagis tak henti. aku seolah-olah nak pergi je ke johor tu. dan kawan2 ku yang lain minta aku kuat. sekali lagi aku tanya mereka, macam mana aku nak kuat?? jawab...
besoknya aku jawab final exam, paper english, ape aku jawab pun aku taj tahu. merepeknya aku jawab. kena buat speech, outlining speech, thesis statement aku tak buat. hebat aku! sebab masa tu, aku masih murung. masih tidak kuat. balik dari exam aku menagis lagi. macam mana nak kuat? itu yang aku tak habis-habis tanya. malah saat aku baca yassin untuk arwah, bacaan aku tak selancar dulu. tersangkut2 bersama air mata. nasib baik paper kedua seminggu selepas itu. 
aku teringat, aku pernah buat satu rekaan rumah, dan aku tunjuk pada arwah. dia cakap."bilik opah pun ada. kalau opah hidup, boleh la opah duduk dengan kamu." YA ALLAH. setiap kali aku teringat itu aku akan menagis. sudah hampir 2 bulan arwah pergi. moga arwah ditempat orang beriman. al-fatihah.
paklong aku pun dah meninggal. awal lagi dari arwah opah aku. dan kemarin mak angkat pulak meninggal. 
dari ALLAH kita datang, kepada ALLAH juga kita kembali.


semalam aku tengok cerita City Hunter. cerita korea. gila best. muahahahahaha..
bercintun tu ada la jugak kan, but lebih kepada lawan2 ni. muehehehehhee..bestnya Lee Min Ho sangat kacak..eeuuuwwwww (melaga-lagakan jari telunjuk).
ending of the story, bapak angkat dia sanggup berkorban untuk anaknya, walaupun bukan anak kandung. dan hero pulak sanggup berkorban untuk ayah kandung nya. last last, ayah angkatnya mati semasa menyelamatkannya. yess.. time tu aku menagis gile gile ar. kasih sayang seorang ayah kan..sanggup..walaupun bukan anak kandung nya, tetapi da dijaga sejak bayi lagi. dan kasih sayang seorang anak, walaupun bapak kandungnya baru tahu kewujudannya, tetapi sanggup berkorban. tapi nasib heronya tak mati, lepas kne tembak tu masih dapat diselamatkan KOT. haha.









kacakkan? 
ok END :D


assalamualaikum :)

No comments:

Post a Comment