Saturday, January 21, 2012

INAMORATA COLLECTION

Lame gile chek ta update blogq ni hehs. sekarang sibuk tentang business tudung ni. dengan photoshoot lagi. handle blog tudung dengan fb tudung lagi. baru nak belajaq business. dengan kelas pack melampau. langsung tade mase rest. but alhamdulillah. semua berjalan lancar. syukur.

ok. meh sini jum usha blog tudung saya. boleh shooping dekat situ. FREE postage. and harga berpatutan dengan kain :)


klik link tu :)

boleh la promote dekat member2, sanak saudara, mak cik pak cik, mak ayah, ibu abah, mummy daddy, mama babah, bla bla bla..

insyaALLAH. kami akan berikan service yang terbaik dan anda pasti berpuas hati. 
semua ini adalah dari butik PUTRI COLLECTION.


ini teaser untuk 2012.
kalau nak tengok yang lain boleh bukak link di atas :)



yeaahh. INAMORATA COLLECTION.
:) :) :) :)


sekian.
salam.

Tuesday, January 3, 2012

hai 2012 :)

ehem ehem..
assalamualaikum semua :D


goodbye 2011. welcome 2012 :)


pejam celik pejam celik. angka umur aku dah menganjak satu kan. moga tahun ini lebih indah dari sebelum ini. insyaALLAH :)


2011 :
mengajar aku banyak. banyak sangat. baru aku sedar. sepanjang 2011, aku laro gile. aku enjoy menggila. 
tahun ini juga, macam2 benda yang tak dijangka terjadi..errkk..setiap tahun macam tu. muahahaha.


tahun ini, mengajar aku erti persahabatan. mana kawan, mana sahabat, mana musuh. sahabat pada tahun ini, yang aku rasa sentiasa dengan aku susah senang, hanya "DIA". walaupun lautan memisahkan hubungan kami, walaupun jarak kami beribu batu, walaupun dia selalu sibuk, walaupun waktu negara kami lain, tapi DIA, selalu dengan aku kala aku gembira dan sedih. terima kasih Nur Amalina Farhan Binti Zainal Azmi Grice :) i love u so much.


tahun ini juga, aku mengenal pelbagai jenis manusia. siapa dia didepan dan dibelakang kita. siapa dia di sebalik namanya. alhamdulillah. terima kasih. akhirnya, aku boleh berdikari tanpa dia. 


tahun ini merupakan tahun terakhir aku amik foundation :)
alhamdulillah. semua berjalan lancar :)
mudah mudahan aku dapat amik HND :) 
insyaALLAH :D


pendek kata tahun ini banyak mengajar aku la. muahahahaha.
sekian :)


hai 2012 :)
moga kau menjadi tahun terbaik untuk aku. moga tahun ini sentiasa indah. moga aku dapat lalui tahun ini dengan tabah :)


tolong ajar aku untuk jadi kuat. tolong ajar aku untuk menjadi seorang yang sabar tanpa hadnya. tolong ajar aku untuk menjadi seorang yang beriman dan taat. tolong ajar aku menjadi orang tahu bersyukur. tolong ajar aku untuk berubah jadi lebih baik. 
terima kasih :)


" Aku tidak cantik seperti Balqis. Aku tidak kuat seperti Sumayyah. Aku tidak mempunyai ketulusan hati seperti Zulaikha. Aku tidak sesetia seperti Khadijah. Malah, aku juga bukan Bidadari Syurga seperti Ainul Mardhiah. Tapi aku cuba mencontohi seperti Rabiatul Adawiyah. Mengubah peribadi dan hidup hanya kerana  ALLAH. InsyaAllah :) "


ouh. hari ini baru celebrate new year. celebrate la sgt kan. makan dengan cousin tersayang. dia satu-satunya cousin yang rapat dengan aku sebelah ayah :)
terima kasih for the pizza yah :)


assalamualaikum :)

Friday, December 30, 2011

kasih sayang :)

sebelum ke tajuknya...Al-Fatihah buat arwah, mak angkat dan takziah buat keluarga nya. sabar. mati itu pasti, hidup itu insyaALLAH. terkejut aku bila aku bangun pagi ayah terus bagi tau. baru minggu lepas aku melawatnya. alhamdulillah arwah telah selamat dikebumikan. setiap yang bernyawa pasti mati. hanya ALLAH yang kekal hidup. moga arwah ditempatkan di kalangan orang - orang yang beriman.
masyaALLAH. dapatkah aku menjadi hambaNya yang beriman selalu kepadanya? dapatkah aku menjadi hambaNya yang taat. kuatkanlah iman di dadaku. insyaALLAH.
tapi masa opah aku meninggal, raya haji, memang nak gila aku menagis. yelah, aku tak sempat langsung tengoknya. masa raya pun tak sempat jumpanya. tup tup tahu arwah dah kembali ke rahmatullah. dah la tahu pagi2 buta. masa raya kedua raya haji. hebatnya, besoknya aku final exam. boleh bayang tak macam mana aku jawab exam. satu family ke berangkat ke johor. cuma aku dengan abang aku je. aku final exam. abang aku kena belayar. menagis nya kami pagi itu. dan sekarang aku tengah tahan nagis. niat terakhirnya opah aku, nak meninggal dekat rumah aku. bia ayah aku disebelahnya. yeaahh..tabahnya aku, tahannya hati ni. depan keluarga, aku tak menagis seteruk yang lain, tapi sepanjang hari itu aku menjadi seorang yang senyap. abang aku cakap dengan aku pun, aku nak tanak jawab. bila sampai je rumah sewa, ya ALLAH. sakitnya dada ini menahan tangis. tiba-tiba Fana peluk aku, minta aku kuat. macam mana aku nak kuat? macam mana? ajar aku kuat? tolong...lepas tu Mamat Sheron Mahmud panggil aku sebab nak bagi makanan, dan aku menagis didepannya bagai orang gila. aku menagis tak henti. aku seolah-olah nak pergi je ke johor tu. dan kawan2 ku yang lain minta aku kuat. sekali lagi aku tanya mereka, macam mana aku nak kuat?? jawab...
besoknya aku jawab final exam, paper english, ape aku jawab pun aku taj tahu. merepeknya aku jawab. kena buat speech, outlining speech, thesis statement aku tak buat. hebat aku! sebab masa tu, aku masih murung. masih tidak kuat. balik dari exam aku menagis lagi. macam mana nak kuat? itu yang aku tak habis-habis tanya. malah saat aku baca yassin untuk arwah, bacaan aku tak selancar dulu. tersangkut2 bersama air mata. nasib baik paper kedua seminggu selepas itu. 
aku teringat, aku pernah buat satu rekaan rumah, dan aku tunjuk pada arwah. dia cakap."bilik opah pun ada. kalau opah hidup, boleh la opah duduk dengan kamu." YA ALLAH. setiap kali aku teringat itu aku akan menagis. sudah hampir 2 bulan arwah pergi. moga arwah ditempat orang beriman. al-fatihah.
paklong aku pun dah meninggal. awal lagi dari arwah opah aku. dan kemarin mak angkat pulak meninggal. 
dari ALLAH kita datang, kepada ALLAH juga kita kembali.


semalam aku tengok cerita City Hunter. cerita korea. gila best. muahahahahaha..
bercintun tu ada la jugak kan, but lebih kepada lawan2 ni. muehehehehhee..bestnya Lee Min Ho sangat kacak..eeuuuwwwww (melaga-lagakan jari telunjuk).
ending of the story, bapak angkat dia sanggup berkorban untuk anaknya, walaupun bukan anak kandung. dan hero pulak sanggup berkorban untuk ayah kandung nya. last last, ayah angkatnya mati semasa menyelamatkannya. yess.. time tu aku menagis gile gile ar. kasih sayang seorang ayah kan..sanggup..walaupun bukan anak kandung nya, tetapi da dijaga sejak bayi lagi. dan kasih sayang seorang anak, walaupun bapak kandungnya baru tahu kewujudannya, tetapi sanggup berkorban. tapi nasib heronya tak mati, lepas kne tembak tu masih dapat diselamatkan KOT. haha.









kacakkan? 
ok END :D


assalamualaikum :)

Monday, December 26, 2011

chesee cake. yummmy :D

aku buat kek wei. haha. bangga pulak. bukan aku buat. aku hanya pembantu kepada kakak aku jela.. malam semalam kami buat cheese dari pukul 8 sampai pukul 11. gile lame. huu..
resepinya ntah. aku pun tataw. aku tahu makan je lepas siap. sedap..! hee..










nah...nak sikit? meh i poskan..! muahahahahaahahahaha~





sedaaappp..aku tak tipu la. wink wink..

ouh yeaahh..minggu depan ada drama bicara hati. memang aku BOLEH tengok kan :(
tape..nanti aku lari kedai mamak tengok drama ni. muahahahahha..

ouh btw, nk appreciate sikit sebab "dia" reply my msg at facebook..yabedabedu~! thank sesangat. berapa tahun ntah aku menunggukan.
tape. aku belajar sesuatu. tak rugi sabar, sebab nanti, kita akan dapat balasan yang sangat indah sebab ALLAH itu tahu apa yang hamnbaNYA mahukan :)

assalamualaikum

Sunday, December 25, 2011

Maher Zain :D

hah..amik kau nyah. title nak TOP je. hahahaha.. ye smlm Maher Zain dtg stadium perak. depan rumah je babe.! kau ada? haha. **maaf ini bukan riak ye. saja je. hee*

oke dah..ada depan rumah pun bukan aku masuk dalam stadium perak tu. hukhuk. aku kene kerja la jual tudung. owner aku tibe2 pulak nk timba pengalaman kan. best! siyes ckp best!.
ok meh sini nk story sikit ye..adik2 nk niaga mmg mcm ni la kan.hoho..
kebetulan ada program himpunan mahasiswa satu malaysia kt stadium indera mulia tau.
pagi2 tade org sgt. masuk petang sikit and program mahasiswa tu habis. perghh..ramai tak ramai la kan masuk kedai tudung PUTRI COLLECTION kan. tak menang tangan aku. ggrrr.. tapi best la dpt tengok banyak gelagat manusia kan.
ouh ya. ckp gelagat manusia. boleh pulak kan pasangan kapel ni smpai gado kan. aku rase nak lempang je kan. cam hape je. tak payah nak gado tempat orang niaga la kan. tak malu ke. ta reti nk bahave betul la. kalau budak kecik tape lagi kan. ini dah besar anak gajah dah pun. sampai lelaki tu nak angkat tangan tampar perempuan tu. kalau la lepas tu perempuan tu back kat laki tu memang tak tau nak cakap la kan.. ape la laki tu. ape la manusia ni. shame on you!
lepas tu boleh pulak ada sorang makcik ni datang..bergaya la makcik ni. boss aku yang layan. makcik tu dok cakap kat boss aku " nasib dah kawen kalau tak nk jodoh dengan anaknya.." hahahaha. boss aku dah ada anak 5 da. tapi maintain muda and cantek kot wa ckp lu.! lepas makcik tu balik. boleh plak boss aku ckp "alamak. siti lambat datang. boleh rekemen kan.haha.". alaaaa..kak ieja ni spoiler la. kalau tak cepat dah jodoh saya. hahahahahaha. gatai hang noooo kecik2 nk kawen. but for me. "cinta lepas kawen more beautiful la.." hee :D
ok. masa aku niaga ni kan. gila laaa..ramai panggil aku KAK..oke KAK (termasuk mahasiswa yang datang, padahal mereka lebih tua). ape ingat aku tua sgt ka? huuu. habes la lepas ni muka berkedut-kedut la aku kan =.=
saya baru 20 years old laa..alamak..kesiannya aku  =.=
ouh..semalam adalah hari yang sangat bahagia sebab aku dapat timba ilmu berniaga. seronok.
besok adalah hari yang malas bagi aku. orang lain cuti christmas, aku kena keje kan. tape. dari duduk rumah kan. menaikkan lagi berat badan. hoho.

malam tu konsert maher zain. tulis dalam tiket pukul 8-10 mlm. but, pukul 8.30 baru bermula. lepas tu sape ntah yang menyanyi dulu. lame gak. dalam pukul 9 lebih orang lain pulak nyanyi. around 9.45 cm tu la kan baru la maher zain keluar. ya ampun..lamanya aku tunggu kan. nasib la aku ta masuk stadium. kt lua stadium screen punya besar. nampak jelas Maher Zain. haha.

lepas tu kami kemas2 la..around 10 lebih mlm, habis kemas. pergi makan. pukul 11.30 baru aku sampai rumah. masa balik jangan cakap la kan. kaki ni macam nak patah dah. tidur aku selena-lenanya. sampai tak dengar bunyi handset. hoho. dan hari ini, aku qada tidur aku. oke. dr pukul 12 sampai pukul 6. punyaa la pengsan nya aku.

oke la.. ini gambar masa niaga. alamak. tak banyak ponggg.. sebab sebuk.


opps itu kawan saya. gambar disnap semasa dia sibuk membeli. hai farhana :D


kau ada tiket MAHER ZAIN? hee

assalamualaikum :)

Friday, December 23, 2011

kerja kerja kerja =.=

waaahh...aku da mula kerja sejak akhir bulan 11 ritu..kerja kedai tudung jaaa.. tolong orang je. hee.
tired..siyes tired separuh mati..haiissshh..mase belajar nak kerja. tiba-tiba mase kerja dah rasa nak duduk rumah. makan tidur lagi bagus kot. haha.

aku gemok. kau kesah ape kan? GEMOK tu kan SEHAT. hoho =.=
ouh by the highway, jemput datang ke konsert Maher Zain besok..wah promoter pulak aku..
datang ke booth kami oke.  PUTERI COLLECTION :)

kami menjual semua jenis tudung muslimah. yeeaahh...saya MUSLIMAH oke. pelbagai jenis warna yang cantik dan menarik. dari jam 10 pagi sampai 10 malam. matilah aku. kerja dari pukul 10 pagi sampai 6 petang pun sampai umah bagai nak pengsan kottt..huu..

ouh yaaahh. boleh like facebook ini ya  facebook PUTRI COLLECTION :)
lai lai lai..harga manyak murah.. hahaha. 
ouh yeaahh..buat pertama kalinyaaa..MAHER ZAIN akan berada didepan mata saya sendirrrii...
waaaaahhhhh...PROUD of HIM. 

ok la. setelah 6 bulan kan. baru update. hahaha. aku tahu. bersemut dahhhhhh blog ni..huhuhu..
ouh hari ini banyak penat sebab packing barang untuk niaga besok..
alamakkk...aku dari tadi masih memikirkan..bagaimana aku niaga besok? =.=
aku ni pemalu orangnyaaa..adduuh...
tak apa laa..mahu timba ilmu kann..
yeaahh macam status saya baru-baru ini..

"saya hanya ada facebook. saya tak pandai dalam IT. tapi saya belajar dalam Higher National Diploma in Business IT. disebabkan saya tak pandai IT, jadi saya hanya pikir duit dalam Business $$ **mood nak kaya**. haha :D"

time to sleep. 10 malam sampai 7 pagi besok?
cukup ke? aku atleasst 12 jam. uhuk uhuk =.=

sesiapa tengok cerita BIAR MIMPI SAMPAI KE BINTANG semalam malam dekat astro Ria pukul 9 malam?
oh My Allah. cerita tu best KOT. kawan-kawan cakap la. aku tengok sekejap je. itu pun nak akhir-akhir. kesiannya aku. cerita tu sweet betul. suke suke :D
aku minat gila dekat RANDY PANGALILA tu. kachak, handsome, bergaya, gentleman. yyyuuuuwww~ <3
minat juga ADITYA FIRMANSYAH. hero kedua dalam NADA CINTA. heee <3

ok. enough for today. kalau aku rajin aku akan update.
tapi....kalau aku malas. jadi la macam sebelum ni. 6 bulan sekali. update ikut mood. haahahah..
eh. ape kisah kan. hal aku. haha. **sombongnya kau. ALLAH marah* hee.

Assalamualaikum :) *big huge*

Saturday, June 25, 2011

akhirnya..fuhhh

dalam kekusyukan meng-edit blog..tapi ta cantik jugak.
arh kisah ape..
sekali hilang title di atas.
nk meraung pun ada.
yela bila mood meng-post entri sudah datang tiba-tiba ada problems kan.
memang gila la kan. haha.

belek punya belek punye belek..
lar...mengong tol..
rupanya kat formating KOT. tak ingat dah. ahaha..

whatever la..
sekaranf ni mood blog aku dah datang.
ouh maybe after this.
akan ada entri banyak berkaitan business la..

biasa la aku ni..bila mood tengah ada..kena buat masa tu jugak.
dua tiga hari ni mood aku ada la..
hari-hari lepas ni tak tau la aku kan.
tiba-tiba mood tak ada..
business tinggal business jela..
huuu..

ouh..selamat malam semua.
besok aku kena pergi muar.
berjalan. ziarah orang sakit.

ok sekian.

happy day all :))